Fakta Tentang Polio Yang Korang Kena Tahu, Sangat Bahaya! - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Fakta Tentang Polio Yang Korang Kena Tahu, Sangat Bahaya!


Apa itu polio?

Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa itu polio. Menurut myhealth.gov.my, polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang merosakkan sistem saraf pusat. Virus ini lazimnya menjangkiti kanak-kanak bawah 5 tahun yang belum mendapat pelalian. Jangan tak tahu, virus ini juga boleh menjangkiti orang dewasa.

Agen penyebab: 

Poliovirus jenis 1, 2 dan 3 (genus Enterviruses). WPV jenis 2 telah dibasmi semenjak tahun 1998.

Cara jangkitan: 

Berlaku dari orang ke orang melalui transmisi faecal-oral. Ini bermaksud kontaminasi dengan najis dari individu yang dijangkiti. Namun, wabak polio jarang berlaku disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar kerana 95% kes yang dijangkiti tidak akan mengalami gejala.

Jangkitan virus polio biasanya berlaku dalam saluran gastrousus (GI) dan merebak ke kelenjar limfa setempat. Dalam kes tertentu ia merebak ke sistem saraf pusat.

Simptom polio

⦁ Sebanyak 95% kes tidak menunjukkan gejala dan tubuh membentuk antibodi memberi perlindungan sepanjang hayat
⦁ 5% lagi menunjukkan tanda dan gejala selesema dan kemudiannya pulih semula
⦁ Kurang dari 1% kes yang dijangkiti virus polio menyebabkan penyakit lumpuh yang menjejaskan sistem saraf
⦁ Tanda dan gejala ringan yang terdapat dalam 5% pesakit yang dijangkiti adalah demam, malaise (letih dan lesu), sakit kepala, loya dan muntah
⦁ Pesakit boleh menjadi lumpuh sekiranya virus ini menyerang sistem saraf pusat. Pesakit akan mengalami sakit otot dan kaku di bahagian leher dan belakang.
⦁ Lumpuh biasanya tidak simetri (bukan pada kedua-dua belah anggota) dan pesakit mengalami demam sebelum lumpuh peringkat awal. Kaki lebih kerap terjejas berbanding tangan

Komplikasi & Rawatan

Komplikasi yang berlaku bukanlah sesuatu yang biasa. Otot pernafasan dan/atau otot menelan menjadi lumpuh sehingga boleh mengancam nyawa. Kelumpuhan anggota badan adalah kekal.

Tiada rawatan khusus tetapi rawatan diberikan semasa fasa akut sehingga ke peringkat komplikasi lumpuh. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan. Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.