Petua Orang Lama, Jodoh Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Petua Orang Lama, Jodoh Berkekalan Hingga Ke Hujung Usia

Gambar hiasan

Sebenarnya, ini antara amalan dan petua kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

1. Tidur Sekatil
Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. 

2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari
Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari. 

3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah
Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri.

4.Temankan Suami Makan
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.

5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama
Si suami perlu luangkan masa mengimamkan solat fardhu di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Ini akan menambahkan keredhaan Allah di dalam kehidupan. 

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.