Resepi Kuah Rojak Buah, Boleh Ketagih - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Resepi Kuah Rojak Buah, Boleh Ketagih


Menurut Mizzs Lina, inilah resepi kuah rojak buah ‘favourite’ suaminya Oleh kerana yang dibeli rasa tak puas makan dan macam kurang sedap, gigihlah buat sendiri baru, puas hati.

BAHAN :
1 botol kecik kicap lemak
1 botol kecil sos cili
5 sudu sos tiram
1 bekas pes otak udang
1 ketul gula merah
2 cawan gula (nak manis tambah lagi)
Sedikit belacan bakar
Segengam cili kering (rebus dan blender brsama sedikit air dan belacan)
5 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk)
4 sudu bijan digoreng tanpa minyak
5 sudu tepung jagung

CARA-CARA:

Masak cili kering yang telah diblender dengan belacan
Kemudian, masukkan semua bahan lain di atas kecuali kacang tanah, tepung dan bijan.
Biarkan atas api seketika hingga hampir masak.
Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Tutup api dan biarkan kuah sejuk sekejap.
Akhir sekali, barulah masukkan kacang tanah yang telah digoreng dan ditumbuk tadi. Barulah rangup!
Siap! Bolehlah potong buah-buahan yang nak dimakan bersama kuah ini.

No comments

Powered by Blogger.