Sambal Bunga Kantan, Pernah Makan? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Sambal Bunga Kantan, Pernah Makan?


Perkongsian oleh Dani Shoppe's,

Bahan:

1. Bawang merah
2. Cili api
3. Bawang putih
4. Cili besar
5. Serai (sy tambah)
6. Bunga kantan hiris halus

Cara:

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Sangai dulu jap bahan no1 - no5, kemudian siram minyak. Gaul² ketepikan.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Kisar kering bahan sangai td tu tapi sy tumbuk kasar sbb sy x de pengisar kering tu.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Panaskan kuali, letak minyak dlm 1-2 senduk, goreng bahan kita kisar td dulu, pastu masukkan bunga kantan, kacau² sampai masak. Pastu perasakan lah.
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ Ok siap, dah boleh nak letak bilis goreng ke, nak makan dgn ikan bakar ke, bekal somi nak g mancing ke, masuk hutan ke. Janji sejukkan dan simpan dalam bekas kering & kedap.

Nota : boleh je ejas balik sesuai selera, nak letak belacan ke, air limau ke, daun limau ke. Suka hati lah. 

No comments

Powered by Blogger.