Wanita Lebih Tertarik Dengan Suami Orang? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Wanita Lebih Tertarik Dengan Suami Orang?



Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Journal of Experimental Social Psychology, didapati bahawa 90% wanita bujang adalah lebih berminat kepada lelaki yang mereka percaya sudah berkahwin!

Kepercayaan mengenai seri selepas berkahwin sebenarnya mungkin ada kebenarannya.

Ini kerana kita sering sahaja disajikan dengan cerita atau gosip di mana seorang wanita mempunyai hubungan sulit dengan suami orang lain, bukan?

Perkara ini bukan hanya berlaku dalam drama swasta televisyen atau internet, ia memang terjadi dalam kehidupan manusia.

Seri ini sebenarnya mungkin bukan sahaja melibatkan rupa semata-mata, malahan juga wang ringgit dan harta.

Ini kerana lelaki selalunya berkahwin pada usia sekitar 30-an ke 40-an, dan ketika ini lelaki kebiasaannya sudah stabil dari segi ekonomi dan mampu untuk menanggung diri dan pasangannya.

Lihat sahaja dalam media massa atau media sosial, banyak kes penceraian yang melibatkan orang ketiga.

Dalam pada itu, kes seperti ini banyak melibatkan lelaki yang sudah berkahwin berbanding wanita.

Dari segi logik, memang tidak masuk akal seorang wanita itu mahu menjerut leher sendiri dengan bercinta dengan lelaki orang, bukan?

Sebenarnya, ada penjelasan saintifik yang mendalanginya.

Lelaki yang sudah berkahwin mungkin akan lebih menarik bagi sebahagian wanita ekoran proses biologi yang dikenali sebagai mate-choice copying.

No comments

Powered by Blogger.